Make your own free website on Tripod.com
E-MERDEKA
DETIK KEMERDEKAAN MALAYSIA.

LAUNGAN KEMERDEKAAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN

 

Tunku Abdul Rahman membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sidang Editor:

PENAUNG
Encik Mohd Nor Shahizan Bin Ali
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Izzah Abdul Aziz
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Sektor Swasta DBP

KETUA EDITOR
Mohd Hisham B. Abd Samad

Luqman nul hakim bin mazlan

Mohd Nazmi Bin Mohd Salim


TIMBALAN KETUA EDITOR
Normala Mohamad Yusof
(normala@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Hajah Raja Masittah Raja Ariffin
(masittah@dbp.gov.my)

Azmi Ibrahim
(azmi@dbp.gov.my)

Shahrun Nizal Mohd. Nor
(shahrun@dbp.gov.my)

Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi
(linda@dbp.gov.my)

Hassan Alias
(hassan@dbp.gov.my)

...

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.