Make your own free website on Tripod.com

 DETIK KEMERDEKAAN MALAYSIA.

PENJAJAHAN BELANDA

Zaman kegelapan bangsa Melayu terus menyerkupi kehidupan masyarakat Melayu selepas kekalahan Portugis dengan pihak Belanda pada tahun 1640M. Kerajaan Melayu Johor yang bertanggungjawab dalam peperangan yang telah menyebabkan Belanda-Johor mencapai kemenangan. Ini kerana ketika itu, Johor hanya menerima rampasan perang sahaja tetapi Belanda memperolehi Melaka.

Mengikut sumber 'Sejarah Alam Melayu' yang diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang Maktab Perguruan Tanjung Malim, semasa pemerintahan Belanda di Melaka pemerintahannya lebih zalim daripada Portugis. Orang-orang melayu dijadikan hamba abdi dan dijual seperti binatang ternakan.

Mereka yang menentang pemerintahan akan dimasukkan ke dalam tong yang dipaku sekelilingnya. Kemudian tong ini akan digolekkan dari atas bukit. Kekejaman Belanda juga turut digambarkan di dalam buku 'Hikayat Abdullah'. Namun orang-orang Melayu turut menentang Belanda seperti Raja Haji yang ketika itu memegang jawatan sebagai Yamtuan Muda Riau.
 

MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! 

E-MERDEKA