Make your own free website on Tripod.com

 DETIK KEMERDEKAAN MALAYSIA.

E-MERDEKA

PENJAJAHAN INGGERIS

Inggeris mula bertapak di Melaka pada 1793M sehingga 1814M. Sikap Inggeris apabila menjajah Melaka adalah secara diplomasi dan lembut. Mereka tidak melakukan kekerasan seperti Belanda dan Portugis, namun kezaliman juga turut berlaku. Mereka ini menjalankan dasar 'pecah dan perintah' agar pemerintah Melayu tidak terus mencurigai antara satu sama lain. Dengan ini Inggeris akan menawarkan diri menjadi orang tengah.

 

Mereka menggunakan raja-raja Melayu sebagai alasan mengutip cukai yang selama ini dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu. Apabila berlakunya penentangan, pihak Inggeris akan mengisytiharkan pembesar-pembesar sebagai penderhaka dan akan dibuang daerah. Undang-undang Inggeris lebih menekankan kesalahan kepada orang-orang Melayu

PENDUDUKAN JEPUN

Jepun mulai bertapak di Melaka pada tahun 1941 sehingga 1945. Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah lebih pahit daripada penjajahan sebelum ini. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan.

 

Peluang yang ada telah digunakan oleh mereka walaupun mereka benci kepada penjajahan. Namun Jepun juga turut menghampakan harapan mereka. Kekerasan masih tetap berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dipenggal leher sebelum disuruh menggali kubur sendiri. Ada juga yang dipaksa meminum air sabun. Akibat kezaliman yang sungguh menyayat hati telah menimbulkan kesedaran dalam sanubari orang Melayu untuk memerintah sendiri tanahair mereka.

MUTIARA KATA

 

Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri. (Panrita)

 

Agama Islam yang merupakan sebagai agama rasmi di negara kita,sedikit pun tidak menjejaskan masyarakat di Malaysia yang beragama lain untuk bersatu-padu dan berusaha bersama-sama untuk hidup di bawah satu bumbung dan sebuah negara yang demokrasi.

Setiap kali tepat pada pukul 12 tengah malam,31 Ogos,rakyat di seluruh Malaysia akan menyambutnya bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.